PERANAN MALAYSIA SEBAGAI SALAH SATU ANGGOTA PERTUBUHAN OIC
Disediakan oleh
- Syaza Izreen Binti Sazali 08DPM14F1099
- Noor Ezzane Binti Kamal 08DPM14F1015
- Nur Adibah Binti Ramlan 08DPM14F1004
- Nur Shahirah Binti Suhaini 08DPM14F1016
- Noraini Binti Yaacob 08DPM14F1024
- Abdul Aziz Bin Noor Azzuddin 08DPM14F1085
Pensyarah
En. Nasharudin Bin Zainal Abidin
Kumpulan 5
Diploma Pengajian Perniagaan
Sem 1
Sesi JUN 2014
Jabatan Perdagangan
OIC ialah singkatan kepada Organisation of Islamic Conference atau Pertubuhan Persidangan Negara-negara Islam. OIC merupakan sebuah organisasi antara kerajaan yang kini dianggotai oleh 57 buah negara Islam daripada 3 rantau terbesar, iaitu Asia,Timur Tengah dan Afrika yang jumlah penduduknya merupakan satu per lima daripada penduduk dunia.OIC bertindak sebagai satu-satunya forum khusus untuk negara - negara Islam bagi mewujudkan perpaduan sesama Ummah, khususnya mengenai konflik Israel- Palestin.
Malaysia juga mempunyai peranan dalam pertubuhan OIC. Peranan Malaysia dalam OIC ialah mewujudkan kerjasama antara semua negara Islam dalam pelbagai bidang seperti sosial,ekonomi,sains,dan teknologi,pertukaran maklumat,kewangan dan sebagaimya utntuk meninggikan syiar Islam.Malaysia juga memainkan peranan yang aktif dalam pembangunan OIC seperti penubuhan Bank Pembangunan Islam (IDB) atau menangani masalah yang dihadapi oleh negara-negara Islam. Antaranya adalah mengkritik campur tangan Rusia di Afghanistan, menyokong perjuangan rakyat Palestin, mengutuk dasar penghapusan etnik Islam di Bosnia Herzegovina dan membangunkan ekonomi serta sosial negara Afrika dengan membina infrastruktur ekonomi dan pembangunan.
Malaysia juga telah membuat pelaburan di beberapa buah negara OIC seperti Petronas di Iran. Bagi mengeratkan ikatan silaraturrahim antara negara Islam,Malaysia telah menganjurkan Musabaqah Al-Quran pada tiap-tiap tahun. Dalam pendidikan pula, negara-negara OIC turut memajukan pendidikan dalam kalangan umat islam di seluruh dunia dengan penubuhan universiti-universiti Islam seperti Universiti Al-Azhar, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan sebagainya. Antara usaha yang dilakukan oleh Malaysia adalah memberi bantuan kewangan dan kemanusiaan kepada mangsa gempa bumi di Turki dan mangsa peperangan di Chechnya . Negara Malaysia telah diberi kepercayaan untuk turut terlibat dalam beberapa jawatankuasa/Kumpulan penting dalam Oic seperti kumpulan Bosnia Herzegovina,Kosovo,Somalia,Palestin dan Sierra Leone, di mana Malaysia adalah pengerusinya. Malaysia juga dilantik sebagai pengerusi dalam kumpulan 13 buah negara OIC mengenai keganasan .
Malaysia juga telah menjadi tuan rumah kepada banyak persidangan dan mensyuarat yang penting. contohnya, Sesi Luar Biasa Menteri-menteri Luar Negara Islam Mengenai Keganasan (1-3 April 2002), Mesyuarat Kumpulan sierr Leone (13-14 Jun 2002), Mesyuarat Susulan Peringkat Pegawai Kanan Mengenai Pelancongan (5-7 September 2003), Sidang ke-27 Menteri-menteri Luar OIC (27 Jun 2000), Sidang Ke muncak ke-10 OIC pada peringkat Menteri dan juga pegawai-pegawai kanan dan jawatankuasa di bawah naungan OIC. Malaysia juga diberi tanggungjawab mengetuai delegasi OIC Peringkat Menteri selaras dengan mandat Mesyuarat Khas untuk bertemu ahli-ahli Kuartet (EU, Rusia, Amerika Syarikat dan Setiausaha Agung PBB) bagi menggesa Kuartet mengambil langkah segera menyelesaikan konflik Israel-Palestin. Kejayaan yang besar bagi pertubuhan OIC ialah apabila Amerika Syarikat (AS) dan Britain meniktiraf peranan Pertubuhan Persidangan Islan (OIC) dalam mengembalikan keamanan dan kestabilan di Iraq dan Palestin.
![]() |
Sumber : Google Image |
OIC juga membantu dalam konflik
israel-palestin.konflik antara israel-palestin dah lama terjadi. Terjadinya
konflik antara israel-palestin adalah disebabkan pertikaian antara dua kumpulan
mengenai tuntutan kawasan yang sama. Banyak percubaan telah dibuat untuk
membantu mencipta sebuah “penyelesaian dua buah negara “ yang melibatkan
penciptaan sebuah negara" Palestin merdeka di samping Israel. Kebanyakan orang
Palestin melihatkan Tebing Barat dan
Jalur Gaza sebagai sebahagian kawasan
negara masa depan ,suatu sudut pandangan yang juga diterima oleh kebanyakan
orang Israel. Terdapat banyak percanggahan
pendapat yang utama tentang bnetuk persetujuan mutakhir serta tahap
keandalan kedua-dua pihak terhadap komitmen asas masing-masing.
Sejak tahun 2006,pihak Palestin telah dipecah
belah oleh konflik antara dua puak yang utama iaitu Fatah parti yang besar, dan
Hamas sebuah kumpulan militan Islam.
Palestin berpecah-belah antara Fatah di Tebing Barat dengan Hamas di Jalur Gaza
dan masalah mula timbul kerana Hamas dianggap sebagai pertubuhan pangganas oleh Israel dan banyak
negara yang lain.
Konflik ini dimulai setelah perang dunia kedua ,ketika
masyarakat Israel (yahudi) berfikir untuk memiliki negara sendiri. Menurut
sejarah mereka keluar dari tanah Israel setelah perang Salib kerana dituduh
pro- Kristian oleh tentera Islam,yang kemudian ditinggalkan oleh orang-orang
Palestin.
Malaysia juga memainkan peranan yang penting dalam pertubuhan OIC seperti dalam konflik Israel-pelestin. Malaysia memainkan peranan yang penting dalam membantu konflik israel-palestine seperti memberi bantuan dan terdapat banyak bantuan yang telah Malaysia salurkan kepada
Palestine.Contohnya pertubuhan yang telah membantu gaza ialah Mercy,Aman Palestine,
Aqsa2gaza(A2G) dan lain-lain. Konflik yang berkaitan dengan Palestin danMasjid al-Aqasa
sebagai satu perkara yang sangat penting kepada setiap manusia yang inginkan keamanan dan
cintakan kemanusiaan, lebih-lebih lagi dari kalangan mereka yang beragama Islam.
Kekejaman rejim Zionis Israel ke atas bumi dan rakyat Palestin yang berterusan sejak lebih
60 tahun lalu perlu mendapat perhatian semua lapisan masyarakat supaya satu masa nanti
kekejaman itu akan terhapus, dan kekejaman serta penindasan tidak lagi berulang ke atas
mana-mana kelompok manusia.
Apakah maksud MERCY? Mercy atau Persatuan Bantuan Perubatan adalah sebuah organisasi bukan untung yang memberi bantuan perubatan,pembangunan kesihatan dan pengurangan risiko bancana yan mampan untuk masyarakat yang memerlukan dalam situasi krisis bukan krisis. Sebagai sebuah pertubuhan bukan keuntungan,
MERCY Malaysia bergantung semata-mata kepada pembiayaan dan sumbangan daripada organisasi
dan individu yang murah hati untuk meneruskan perkhidmatan mereka untuk memberikan bantuan
kemanusiaan kepada penerima, sama ada di Malaysia dan luar negara. Pertubuhan ini didaftarkan
mengikut Akta Pertubuhan (1966) di Malaysia, dan ibu pejabat mereka terletak di ibu negara di
Kuala Lumpur.
Mercy Malaysia juga telah membelanjakan RM 4.48 Juta untuk bantuan kemanusiaan di gaza
setakat 31 Mei yang lalu. Presiden Mercy Malaysia, Dr. Ahmad Faizal Perdaus berkata, ketika ini
pihaknya memfokuskan kepada bantuan perubatan termasuk menyumbangkan ambulans kepada
hospital dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di wilayah itu."Ketika Gaza diserang pada tahun 2009
kami telah menghantar 25 sukarelawan bagi membantu mangsa tetapi pada ketika ini Mercy Malaysia
hanya mampu memberi bantuan dari jarak jauh kerana sukar untuk memasuki Gaza akibat dikawal
ketat oleh Israel."Ketika serangan tersebut beberapa hospital telah musnah. Oleh itu, Mercy Malaysia
telah menghulurkan bantuan perlatan perubatan kepada El Hilal Emirati, Tal Sultan Hospital dan
Naser Hospital."Mercy Malaysia juga memberi bantuan untuk pembinaan semula hospital di El-Wafa
pada Mei 2009 kerana terjejas teruk akibat serangan Israel," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Selain itu menurutnya, pada September 2009, sebanyak RM500,000 diperuntukkan bagi memberi
bantuan dua buah ambulans kepada Mohammed bin Rashed Al Maktoum Hospital dan Patient's Friends
Benevolent Society."Pada Januari 2010, sekali lagi Mercy Malaysia menghantar dua buah ambulans
ke Gaza untuk diserahkan kepada Al-Jazeera Sport Club for the Disable yang dianggotai oleh
atlet-atlet yang kurang upaya," katanya.Tambahnya, Mercy Malaysia sedang merancang untuk
menyediakan latihan seperti rawatan perubatan dan psikologi dengan kerjasama pakar-pakar dari
Britain kepada masyarakat Gaza supaya dapat membantu membangunkan negara mereka.
Selain itu, pada 24 jan pakar Mercy menilai kerosakan hospital di Gaza. Terdapat lapan pakar
perubatan dari pasukan Mercy Malaysia kini ditempatkan di Hospital Shahid Annajar, Genting Gaza
bagi menjalankan penilaian dan membuat cadangan mengenai kerosakan di hospital itu.
Timbalan Presiden (Perubatan) Mercy Malaysia, Dr. Ahmad Faizal Perdaus berkata, pasukan terbabit
mendapati infrastruktur kesihatan dan kemudahan di hospital itu dan Rafah rosak teruk akibat
serangan Israel baru-baru ini."Pakar perubatan ini mencadangkan beberapa projek yang boleh
dijalankan oleh Mercy Malaysia di hospital terbabit bagi membantu menangani kerosakan.
"Kami mengenal pasti beberapa langkah yang boleh diambil ke atas hospital ini termasuk membaiki
bangunan dan kelengkapan unit pemulihan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.Selain itu,
pakar perubatan terbabit mencadangkan Mercy Malaysia menyokong dan membantu penduduk
yang kehilangan rumah dan kini menginap di khemah.Dr. Ahmad Faizal berkata, selain menilai
dan membuat cadangan tentang keperluan di hospital terbabit, pasukan itu juga perlu menjalankan
tugas merawat pesakit di sana mengikut kepakaran masing-masing.
Sebelum ini, katanya, enam pakar perubatan dari Mercy Malaysia dihantar ke Al-Arish, Mesir bagi
menjalankan misi bantuan kemanusiaan di Gaza termasuk membekalkan perubatan."Ketika ini,
pasukan kami di Gaza bekerja keras bagi memastikan bagaimana kami boleh membantu serta
menjalankan perancangan selepas ini," katanya.Pada masa sama, jelasnya, Mercy Malaysia sudah
menghantar bekalan ubat bernilai AS$400,000 ke Gaza termasuk agen ubat pelali, rumusan antibiotik
intravena, penahan sakit dan peralatan pembedahan serta perubatan."Mercy Malaysia dapat membantu
penduduk Gaza ini menerusi dana yang disumbangkan rakyat Malaysia," tambahnya.Rakyat Malaysia, katanya, diharap terus memberi bantuan kewangan kepada penduduk di Gaza melalui
Dana Bantuan Palestin.
Pertubuhan yang kedua yang telah membantu gaza ialah pertubuhan Aman pelastin.Aman Palestin
ditubuhkan untuk membantu gaza. Aman Palestin mengikut 3 landasan iaitu kemanusiaan,persaudaraan
,kesucian Baitul Maqdis. Aman Palestin adalah untuk memberi bantuan kecemasan, kebajikan dan
kemanusiaan kepada rakyat Palestin secara berterusan sehingga selesai. Sejarah Aman Palestin ialah
Aman Palestin mula beroperasi pada akhir 2004 sebagai inisiatif untuk membantu dan menyalurkan
sumbangan serta menjaga kebajikan dan hak kemanusiaan rakyat Palestin. Aman Palestin sentiasa
berusaha memastikan setiap ringgit yang didermakan oleh rakyat Malaysia tidak sahaja sampai malah
kesemua bantuan tersebut dapat dimanfaatkan sebaik mungkin di Palestin. Pada 3hb. Januari 2006,
(SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan
keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang,
berterusan dan berkesan. Semenjak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan
dalam bentuk projek-projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan
sumbangan daripada orang ramai. Diharapkan agar keperihatinan yang berterusan oleh rakyat Malaysia
dalam menyalurkan bantuan dapat memberikan sinar harapan dan membantu meringankan penderitaan
yang ditanggung oleh rakyat Palestin.
Aman Pelestin juga telah melakukan pelbagai aktiviti bagi menmbantu Gaza. Bagi memastikan objektif
penubuhan Aman Palestin tercapai, pelbagai program dan aktiviti diadakan sama ada di Palestin atau
kem-kem pelarian Palestin yang terdapat di Lubnan dan negara sekitarnya. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dan akan dijalankan secara ringkasnya adalah seperti berikut:
· Pembinaan Rumah Anak-Anak Yatim Palestin. Projek ini adalah satu usaha membangunkan
rumah anak-anak yatim Palestin yang berada di Palestin ataupun di kem-kem pelarian mereka.
· Bantuan Pelajaran Pelajar-Pelajar Palestin. Iaitu menyediakan bantuan pelajaran untuk pelajar-pelajar Palestin yang berada di dalam Palestin dan di kem-kem pelarian mereka.
· Bantuan Sara Hidup Yatim Palestin. Projek ini bertujuan menyediakan bantuan sara hidup
untuk anak-anak yatim Palestin yang berada dalam kemiskinan dan kemelaratan.
Sehingga kini, Aman Palestin menguruskan bantuan sara hidup anak yatim di dalam Palestin
dan Lubnan.
· Projek Pembiayaan Keluarga Miskin dalam Palestin.
· Projek Pertanian Sara Diri di Nablus.
· Projek Berbuka Puasa. Menyediakan makanan berbuka puasa untuk pelarian, anak-anak yatim
dan masyarakat Palestin.
· Bantuan Perubatan Palestin. Bekalan ubat di Palestin tidak mencukupi ekoran sekatan Amerika
dan sekatan apartheid Yahudi. Oleh itu projek ini adalah penting untuk menyediakan bekalan ubat
yang diperlukan oleh rakyat Palestin.
· Projek Qurban Aidil Adha Palestin. Projek ini adalah untuk membekalkan daging korban untuk
pelarian, anak-anak yatim dan masyarakat Palestin sempena Hari Raya Aidil Adha.
· Bantuan Hari Raya. Membekalkan makanan dan pakaian yang diperlukan oleh pelarian,
anak-anak yatim dan masyarakat Palestin untuk menyambut Hari Raya.
· Projek Ambulans bagi Klinik Hamzah.
· Projek Pusat Kegiatan Anak-Anak Yatim.
Selain aktiviti-aktiviti dan projek di atas, Aman Palestin juga terlibat dalam melaksanakan projek-projek lain seperti Kafah Ibu Tunggal, Projek Pusat Latihan, Projek Pembinaan Pusat al Quran,
Projek Pembangunan Sekolah Untuk Anak-Anak Pelarian dan Yatim Palestin, Projek Bantuan Pakaian
& Beg serta Projek Pakaian Musim Sejuk.
Terdapat juga pertubuhan yang telah membantu gaza iaitu pertubuhan Haluan. Haluan bermaksud
Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia. Antara aktiviti yang dijalankan oleh
Biro HALUAN Palestin adalah:
· Ceramah dan pameran kesedaran kepada masyarakat, termasuk di masjid, surau, sekolah,
pejabat dan tempat-tempat awam.
· Menerbitkan bahan bacaan menyentuh permasalahan Palestin.
· Bekerjasama dengan badan-badan kerajaan dan NGO lain yang bekerja atas isu Palestin.
· Menggerakkan usaha mengumpul dana bantuan dan seterusnya menyalurkan bantuan tersebut
kepada rakyat dan pelarian Palestin.
· Menjalankan projek pembangnunan semula dan juga jangkamasa panjang kepada rakyat dan
pelarian Palestin.
Usaha Biro HALUAN Palestin juga telah mendapat pengiktirafan dari kerajaan Malaysia melalui
dana pembangunan semula wilayah Gaza di bawah seliaan Wisma Putra. Berikut adalah merupakan
beberapa usaha kemanusiaan dan projek-projek bantuan yang berjaya dilaksanakan, hasil sumbangan masyarakat Malaysia yang prihatin
terhadap saudara-saudara Palestin mereka.
Projek-projek bantuan yang telah dilaksanankan oleh HALUAN ialah :
1)Pembinaan 4 telaga tiub bagi menyalurkan bekalan air bersih di Gaza. Dua daripadanya dibina di
Universiti Islam Gaza dan dua lagi di daerah Khan Younis. Projek ini adalah hasil dana sumbangan
rakyat Malaysia melalui Tabung Bantuan Kemanusiaan Palestin yang disalurkan oleh Wisma Putra.
Perlaksaannya telah dibantu oleh Majlis Perbandaran Gaza, Pertubuhan Assembly for Peace And
Solidarity And Relief of Gaza dan juga Rabitah Ulama Palestin.
Pembinaan salah sebuah telaga tiub di Khan Younis
2. Dana daripada Tabung Bantuan Kemanusiaan Palestin juga disalurkan oleh Wisma Putra melalui
HALUAN untuk melaksanakan projek bantuan mikrokredit bagi tujuan membantu rakyat Gaza
membangunkan perniagaan kecil. Hasil daripada projek ini, dua perusahaan utama telah dapat
dijalankan di Khan Younis, iaitu projek perusahaan ternakan lembu tenusu, dan projek perusahaan
pembuatan pakaian yang diselenggarakan oleh ibu-ibu tunggal. Rakan NGO HALUAN di Gaza,
sama Foundation menjadi pemantau kepada perlaksaan berterusan projek-projek ini.
Ibu-ibu di Gaza mendapat manfaat melalui hasil jahitan
3. Pembinaan semula Masjid Sheikh Ahmed Yassin yang ranap diserang oleh pengganas Zionis telah
berjaya menyumbangkan sebuah institusi yang penting untuk rakyat Gaza. Sebelumnya, mereka hanya
bersolat di kawasan lapang berhampiran runtuhan masjid asalnya.
Masjid Sh Ahmed Yassin dibina semual di atas tapak asal
4. Bermula pada tahun 2009, HALUAN mula berusaha menghantar bantuan kemanusiaan secara terus
kepada rakyat Palestin. Sepasukan relawan HALUAN, termasuk wakil-wakil Kelab Kesihatan
HALUAN (KKH,) telah membawa bantuan ke Kem Pelarian al-Hol di Hassakeh, Syria, dan juga
Kem Pelarian Tanf di sempadan Syria-Iraq pada bulan November 2009. Selain membawa bantuan
makanan,relawan-relawan KKH turut melakukan pemeriksaan dan
rawatan kesihatan secara percuma.
Selain daripada itu, sebanyak 33 ribu kilogram kelengkapan pakaian musim sejuk turut dihantar ke
kem Tanf, al-Hol, Hassake dan Khan Danun. Projek ini dijalankan dengan kerjasama BAKTI dan
Wisma Putra.Pada tahun-tahun berikutnya, HALUAN menghantar bantuan bermusim kepada
anak-anak yatim dan juga pelarian Palestin di negara jiran. Bantuan-bantuan tersebut
termasuklah projek bantuan Ramadhan dan berbuka puasa (iftar)
di Gaza dan kem-kem pelarian di Syria, Iraq dan Lubnan.
Majlis berbuka puasa anak-anak yatim pelarian Palestin di Syria
5. HALUAN juga menyertai gabungan NGO antarabangsa dalam usaha menarik perhatian masyarakat
dunia terhadap permasalahan Palestin, sekaligus memberi tekanan kepada rejim pengganas Israel.
Pada bulan Januari 2010, dua orang relawan HALUAN bersama-sama 320 orang relawan antarabangsa
yang lain telah menjayakan konvoi darat Viva Palestina 3, dengan memasuki Gaza melalui pintu
Rafah di Mesir. Sebanyak 160 buah kenderaan beserta muatan keperluan asas dan ubat-ubatan telah
diserahkan kepada rakyat Gaza.
Manakala pada bulan Mei 2010, lima orang relawan HALUAN beserta tujuh relawan Malaysia
daripada beberapa NGO prihatin Palestin yang lain telah menyertai konvoi laut antarabangsa dengan
menaiki kapal Mavi Marmara. Usaha yang berakhir dengan tragedi pembunuhan sembilan relawan di
atas kapal tersebut telah berjaya mengangkat permasalahan Palestin sebagai isu penting masyarakat
dunia. Hasil daripada usaha ini, masyarakat dunia lebih mengambil kisah isu Palestin dan mengecam
kezaliman berterusan yang dilakukan oleh tentera Zionis. Beberapa misi bantuan susulan turut berjaya
dilakukan.
Konvoi Viva Palestina 3 dari pelbagai negara bertolak dari London menuju ke Gaza melalui pintu Rafah di Mesir
6. Lebih 5 juta rakyat Palestin terusir menjadi pelarian di negara asing. Untuk membantu golongan ini
meneruskan kehidupan dengan lebih baik, HALUAN telah membina sebuah klinik gigi khusus untuk mereka
di Damascus. Projek usahasama HALUAN dan NGO-NGO dari Indonesia ini dapat memberi rawatan gigi
secara kebajikan kepada pelarian-pelarian di kem Yarmuk, Filistin, Sbena, Khan Danun dan beberapa kem lain di sekitar Damascus.
Klinik ini merupakan klinik gigi pertama untuk 300 ribu pelarian Palestin di sekitar Damascus
7. HALUAN juga memberi fokus kepada bantuan pendidikan anak-anak Palestin. Beberapa buah
perkhemahan tahfiz al-Quran telah didirikan di kem-kem pelarian terpilih di Syria. Alhamdulillah
dengan bantuan ini anak-anak Palestin dapat mengikuti kelas pendidikan dan menghafal al-Quran
dengan lebih baik dan tersusun.
HALUAN turut menaja beberapa orang pelajar dari Palestin untuk melajutkan pelajaran di Malaysia.
Pelajar-pelajar dari Gaza turut ditaja untuk
melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di negara luar.
Anak-anak menghafal al-Quran
Prasarana yang lebih selesa untuk anak-anak Palestin
kesimpulannya, isu-isu keprihatinan negara yang meliputi aspek Dasar Luar Malaysia serta pembangunan modal insan merupakan perkara-perkara yang diberikan perhatian serius oleh pihak kerajaan negara ini. Hal ini memandangkan aspek-aspek inilah yang menjadi antara penentu kepada jatuh dan bangun negara bangsa Malaysia pada masa ini dan masa akan datang. Hubungan baik dengan negara luar sangat penting bagi menjamin keselamatan negara. Pembantukan modal insan yang cemerlang memerlukan asas-asas agama bagi mengelakkan mereka melakukan sesuatu diluar batasan kemanusiaan. Dengan memberi sumbangan atau bantuan kepada negara-negara Islam yang dilanda kesusahan supaya kebajikan mereka terjaga. Dengan melaksanakan pelbagai program bagi membantu Palestin dapat menggambarkan akhlak yang baik dan keprihatinan rakyat Malaysia terhadap isu semasa. Malaysia akan menjadi teladan yang baik kepada negara-negara lain dan dengan membantu Palestin negara-negara lain turut serta membantu bagi meringankan beban mereka.
CADANGAN:
Rakyat Malaysia juga boleh melaksanakan program seperti melakukan program perhimpunan di Dataran Merdeka,tabung bergerak,menjual sambil menderma dan lain-lain.
Rakyat Malaysia juga boleh melaksanakan program seperti melakukan program perhimpunan di Dataran Merdeka,tabung bergerak,menjual sambil menderma dan lain-lain.
RUJUKAN
· Laman web
-http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0125&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_15.htm#ixzz39759wIpX (8hb ogos 2014:11.37am)
© Utusan Melayu (M) Bhd
-http://www.mercy.org.my/1008061010%C2%BBMERCY_Malaysia_belanja_RM4@48j_bantu_Gaza.aspx (8hb ogos 2014:11.37am)
-http://www.haluan.org.my/v5/index.php/joomla-components/kempen-membantu-palestin (8hb ogos 2014 :10.07pm)
· Surat khabar
· “4NGO hulur sumbangan”, Metro, 3 ogos 2014, hlm 7,
· “Kutuk Israel”, Metro, 3 ogos 2014, hlm 7
· “Moral Mereka sudah Tewas”, Metro, 3 ogos 2014, hlm 7
· Buku
§ Mardiana Nordin, Shah Alam,Selangor : Pengajin Malaysia Edisi ke-5,hlm 466
§ K.Ratnam ,Subang Jaya :STPM Teks Pra-U Sejarah,hlm 313